Info

Wajah adalah bahagian utama bagi wanita, kulit wajah harus mendapat perawatan ekstra."

Sebelum kita memilih kosmetik yang kita gunakan hendaklah kita mengenal jenis kulit kita, apakah termasuk kering, berminyak, kombinasi atau normal. Kerana setiap jenis kulit memerlukan perawatan yang berbeza-beza. Bagi wanita yang bekerja senantiasa menggunakan kosmetik sepanjang hari sehingga harus membersihkan kulit wajah setiap hari, agar tidak kelihatan kusam.

Untuk mendapatkan kulit yang sihat memerlukan kesihatan tubuh secara total. Luangkan waktu untuk bersenam. Untuk tata rias wajah yang baik hendaklah sesuai dengan jenis kulit, warna kulit, rambut, mata dan busana.

KETAHUILAH JENIS KULIT KAMU

1. Jenis kulit Normal- Pori-pori tidak terlihat, tampak cerah dan segar. Kulit ini sangat mudah dirawat, tidak perlu banyak memerlukan kosmetik, dapat menghasikan make up yang halus dan tahan lama.

2. Jenis kulit Kering- kulit tipis, pori-pori tdk terlihat, nampak suram dan kusam. Kulit ini disebabkan kelenjar minyak kurang aktif bekerja, sehingga minyak yang dihasilkan kurang, cenderung mudah kedut, untuk merawatnya gunakan krim malam.

Ataukah termasuk dalam kategori yang ini :

3. Jenis kulit berminyak- Kulit tebal, pori-pori terbuka, basah, berkilat dan
berminyak. Kulit ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang aktif bekerja sehingga mengeluarkan minyak yang berlebihan.Kulit ini mudah menjadi kotor dan berjerawat.

4. Jenis kulit sensitif- Kulit yang tidak tahan dengan kosmetik yang mengandungi alkohol, mudah terasa panas dan gatal-gatal.

lagi

SafGHBHTB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...